Autumn Falling Leaves Harry Potter - Golden Snitch
Blogger Layouts
"MOHD ZULKAMAL BIN NGAH, D20102043892, EL-T03, BAHASA MELAYU"


Melati kuntum tumbuh melata,
Sayang merbah di pohon cemara;

Assalammualaikum mulanya kata,

Salam sembah pembuka bicara.

Mencari timba si anak dara,

Tempat minum burung tempua;

Salam sembah pembuka bicara,
Selamat bertemu untuk semua.



Friday 9 December 2011

CONTOH KARANGAN

Soalan

Amalan bergotong-royong adalah satu amalan yang baik.
Tuliskan sebuah karangan mengenai kebaikan-kebaikan amalan bergotong-royong.

       Bergotong-royong adalah amalan yang mulia dan masih diamalkan di sesetengah tempat. Walaupun amalan ini kian hilang ekoran pesatnya arus pembangunan. Namun, amalan ini tidak boleh dinafikan akan kebaikannya.

         Apabila kita bergotong-royong bermakna , kita melakukan kerja atau aktitivi secara bersama-sama tidak mengira sama ada kerja itu berat ataupun ringan. Ini bermakna kerja yang dilakukan akan menjadi bertambah mudah dan cepat. Bak kata pepatah “ Yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing”. Antara aktiviti yang boleh dilakukan secara bergotong-royong ialah membersihkan kawasan, memasak di majlis kenduri dan membina wakaf.

        Selain itu, amalan bergotong-royong boleh mengeratkan silaturahim. Lebih-lebih lagi jika amalan dilakukan bersama ahli keluarga. Hubungan kekeluargaan akan bertambah erat dan mesra. Kemesraan yang terjalin sesama ahli keluarga akan membuahkan kebahagiaan. Misalnya aktiviti berkebun boleh dilakukan bersama-sama ahli keluarga pada masa senggang.

       Jika amalan bergotong-royong dilakukan bersama-sama ahli masyarakat yang terdiri daripada pelbagai kaum, ini boleh memupuk semangat perpaduan. Perpaduan penting bagi menjamin keharmonian dan kesejahteraan rakyat dan negara. Masyarakat kita akan bertambah utuh jika kita hidup bagai aur dengan tebing.

        Di samping itu, amalan bergotong-royong ialah satu amalan yang dituntut oleh agama. Jika kita bergotong-royong bermakna memenuhi salah satu tuntutan agama. Nilai-nilai murni seperti sabar, bekerjasama, bertanggungjawab dan bertolenrasi dapat dipupuk di kalangan ahli masyarakat melalui aktiviti ini.

        Berdasarkan huraian-huraian di atas, jelaslah bahawa terdapat banyak kebaikan yang boleh kita dapati apabila bergotong-royong. Oleh itu, bergotong-royong elok diamalkan walaupun dalam dunia yang semakin moden.

Thursday 8 December 2011

BM PENULISAN UPSR






Untuk memuat turun fail ini, sila klik http://www.mediafire.com/?rackn8xrxpx7dhn 


Contoh Peribahasa








Contoh Pidato











Nota Ringkas Penulisan UPSR